MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Perkukuh Agenda Pembangunan Belia, Bahas Cadangan Baharu Demi Masa Depan Negara

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) terus mengukuhkan agenda pembangunan belia apabila Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

MPBN yang ditubuhkan di bawah Seksyen 35 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 berperanan sebagai badan perunding untuk membincangkan isu pembangunan belia serta menjadi platform penyelarasan dasar antara pertubuhan belia dan Kerajaan.

Majlis tersebut turut bertujuan menyediakan ruang perbincangan konstruktif, menyampaikan suara belia ke peringkat tertinggi Kerajaan, memperkasakan pembangunan belia dari pelbagai sudut dan memperkukuh kerjasama antara pertubuhan belia serta agensi kerajaan.

Sepanjang persidangan, tiga usul penting dibahaskan perwakilan, termasuk cadangan pembangunan sistem aduan berasaskan kecerdasan buatan bagi melindungi belia, pemerkasaan ekosistem pelapis kepimpinan serta intervensi awal bagi menangani risiko masalah sosial dan kesihatan.

Pelaksanaan MPBN kali ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk menyediakan ruang inklusif kepada belia menyuarakan pendapat, selaras aspirasi Malaysia MADANI dan matlamat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).

Pada masa sama, kementerian memaklumkan ia memahami kerisauan Majlis Belia Malaysia (MBM) berhubung kelompok umur 30 hingga 40 tahun selepas penguatkuasaan Akta A1602.

Pelaksanaan dan pemantauan sokongan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Persidangan turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pengarah JBSN, Azura Abidin; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abd Hamid; EXCO serta wakil kerajaan negeri.

Artikel penuh :

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »