SEREMBAN 15 Ogos – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sembilan Sidang II Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 telah berlangsung dengan jayanya di bangunan Majlis Bandaraya Seremban di sini.
Persidangan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MPBN Peringkat Negeri Sembilan.
Persidangan kali ini membahaskan tiga usul dari pertubuhan belia di Negeri Sembilan berkaitan pemerkasaan kepimpinan belia, pembangunan ekonomi belia dan Pendidikan Teknologi.
YAB Menteri Besar dalam ucapannya menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dan Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) akan terus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing demi memastikan pembangunan belia menjadi agenda utama di dalam setiap program yang dilaksanakan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada JBSN dan semua pemimpin belia MBNS, agensi dan ahli lantikan yang telah menjayakan persidangan ini.
Turut Hadir Encik Ahmad Syarifuddin Sarmin, Pengarah JBS N Sembilan; YB Suhaimizan mewakil YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan; Presiden MBNS, Sdr. Mohd Fairos Rusli dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin.