SEREMBAN 20 Nov – Telah berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sembilan Sidang I Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 bertempat Klana Resort, Seremban.
Persidangan dirasmi dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj. Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) turut hadir ke persidangan tersebut bagi bersama-sama mendengar usul-usul yang dibahaskan.
Persidangan kali ini berdiskusi mengenai empat usul berhubung kait dengan elemen pemerkasaan kepimpinan belia, pembangunan ekonomi belia dan pendidikan belia di Negeri Sembilan.
Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli Abd Aziz;
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdr. Mohd Fairos Rusli, wakil-wakil Agensi Kerajaan, PBT dan kepimpinan belia di peringkat negeri dan daerah.