MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Peringkat Negeri Pulau Pinang Sidang I Penggal Ke-34

GEORGE TOWN 2 Dis – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang Sidang I, Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 bertempat di Hotel By Marriot di sini.

Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Tuan Gooi Zi Sen, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir Encik Mozakir Buyong Mokhtar, Pengarah JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG selaku Timbalan Pengerusi I; Sdr. Hafiz Ali Mohd Anuar Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) selaku Timbalan Pengerusi II; wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan; Pihak Berkuasa Tempatan serta kepimpinan MBN Pulau Pinang.

Antara isu yang dibangkitkan dalam MPBN kali ini ialah mengembalikan MPBN di peringkat Daerah; menyusun pelan transisi kepimpinan menjelang pindaan had umur dan komitmen agensi dalam mengupayakan pertubuhan belia.

Tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan MBNPP yang mengatur perjalanan persidangan dengan baik.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »