KANGAR 21 Ogos – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Sidang II Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Putra Regency, Kangar.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perlis, Puan Maznah Musa.
Sebagai platform mengangkat suara belia akar umbi adalah diharapkan segala usul dan pandangan yang dibentangkan di bawa ke peringkat kerajaan seterusnya memajukan belia Malaysia khususnya di Negeri ini.
Tahniah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Majlis Belia Negeri Perlis atas penganjuran edisi kali ini.
Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Fairos Rusli hadir mewakili Presiden MBM ke persidangan ini.
Hadir sama YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara; Puan Noor’azah Ali @ Ahmad, Penolong Pendaftar Pejabat Pertubuhan belia Zon Utara, Sdr. Ts. Mohd Jeffry Hassan, Yang Dipertua dan pimpinan MBN Perlis, Ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi.