MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Peringkat Negeri Perlis Sidang I Penggal ke-34 sesi 2023-2024

KANGAR 24 Ogos – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Sidang I Penggal ke-34 sesi 2023-2024 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar telah meluluskan lapan usul untuk di bawa keperingkat kerajaan.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perlis, Puan Maznah Musa.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hadir mewakili MBM ke persidangan ini.

Sebanyak lapan usul telah dibahaskan antaranya Program 1NGO 1Ekonomi, pengiktirafan aktivis belia, pusat aktiviti belia, isu sosial belia dan pembentukan jati diri belia.

Tahniah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis dan Majlis Belia Negeri Perlis.

Hadir sama YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara; Encik Ahmad Taufiq Abdul Rahim, Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Sdr. Izan Asmawi Habidan, Presiden dan pimpinan MBN Perlis.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »