KANGAR 16 Jun – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Perlis Sidang 2 Penggal ke-33 Tahun 2021-2022 anjuran Majlis Belia Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Putra Regency, Kangar.

Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Hamizan Hassan, Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Hadir sama YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara (Senator) Negeri Perlis sebagai pakar rujuk, Encik Mohd Nizam Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Sdr. Izan Asmawi Habidan, Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta wakil-wakil pimpinan gabungan MBNPs.

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diwakili oleh Sdr. Amir Syarifuddin Abdul Majid, Exco MBM merangkap Pengerusi Biro Latihan dan Kepimpinan.

Antara isu dan perkara yang dibangkitkan dalam persidangan kali ini;

Pembentangan program-program keusahawanan di bawah MARA Perlis untuk membina kembali usahawan belia bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Penawaran peluang pengembangan bidang pertanian khususnya industri asas tani menerusi Program Pertanian Belia Negeri Perlis oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis.

Sebanyak 9 usul dari Majlis Belia Negeri Perlis telah dibahas dan disokong untuk dilaksanakan diperingkat Negeri Perlis.

Fokus utama perbahasan kali ini memberi tumpuan kepada kebolehpasaran belia dalam membina kerjaya dan peluang ekonomi khususnya pembangunan usahawan belia.

Leave a Reply

Translate »