MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Peringkat Negeri Kelantan Sidang ll Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024

KOTA BHARU 24 Ogos – Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang ll Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 bertempat di Hotel H Elite Design Kota Bharu.

Persidangan telah dipengerusikan oleh Encik Jasri Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM).

Tahniah kepada Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) serta penganjur bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas kejayaan menjayakan MPBN kali ini.

MPBN merupakan platform terbaik untuk kepimpinan belia mengemukakan usul dan cadangan pembangunan negeri yang lebih baik.

Semoga kerjasama erat di antara gerakan belia, jabatan belia dan sukan negeri, Kerajaan Negeri, agensi-agensi dan jabatan dapat mencetuskan idea-idea bagi membina belia Kelantan yang cemerlang.

Hadir sama Encik Saipuddin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan; Sdr. Mohd Syahiran Muhammad, Yang Dipertua MGBK serta barisan kepimpinan, wakil-wakil agensi dan jabatan negeri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »