KOTA BHARU 28 Sep – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang Pertama Penggal ke-35 Sesi 2025–2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Elite Design Kota Bharu, Kelantan.
Persidangan ini telah dihadiri seramai 113 orang Ahli Majlis.
Persidangan tersebut dipengerusikan bersama oleh YB Zamakhshari Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan serta Encik Jasri Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.
Turut hadir Encik Mohd Saipuddin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Jessy Ng Chor Eng.
Persidangan ini turut menampilkan dua pembentangan kertas kerja utama, iaitu “Industri Kelulut: Impak Pembangunan Sosial Ekonomi Belia” oleh Dr. Mohd Zulkifli Mustafa, Jabatan Neurologi, Universiti Sains Malaysia Kota Bharu dan “Gerakan Revolusi Ekonomi Anak Muda Kelantan (GERAK)” oleh Sdr. Khairul Azhar Kamarulzaman, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK).











