Majlis Belia Sabah Meniti Perubahan Bermakna Sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Ke-12, 28 Jun 2008
Pimpinan Baru MBS sesi 2008 -2010 bergambar dengan YM Datu Rusmadi yang mewakili YB. En. Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah
Berikut adalah senarai penuh Ahli Majlis Tertinggi Majlis Belia Sabah sesi 2008 – 2010.
Pengerusi Tetap : Pn. Normah Datuk Hj. Jaffar
Timb. Pengerusi Tetap : Sdr. Azman Badu
Presiden : Sdr. Mustapha Haji Sakmud (ABIM)
Timb. Presiden : Sdr. Lim Thein Phin @ Kevin (YMM)
Naib Presiden : Sdr. Suhailie Bin Mohd. Yunus (St. John)
: Sdr. Nourman Ryan Bin Dtk. Ag. Zainie (Pengakap)
: Cik Shuraya@Khairunissa Bte. Hj. Mantiar (P.Puteri)
Setiausaha Agung : Sdr. Abdul Ramlie Ibrahim (ABIM)
Bendahari Agung : Sdr. Chiew Chin Chung @ Deric (YMM)
Jawatankuasa Kerja : Cik Joanna Chong Ya Fui (Girl’s Brigade)
: Cik Norasia Bte. Abdullah (P.Puteri)
: Cik Eliana Melainie Bte. Maidin (P.Puteri)
: Sdr. Adrian Chin Vui Loong (Boy’s Brigade)
: Sdr. Afwan Ahmed (ABIM)
: Cik Judy Marysia J. Thombolon (St. John)
: Cik Adylina Bte. Md. Yaakub (P.Puteri)
: Cik Alvira Lee Fui Sze (Girl’s Brigade)
: Cik Melissa @ Ita Bte. Mursin (Puteri Islam)
: Pn. Dgku Saadiah Bte. Ampuan Alimat (Puteri Islam)
: Sdr. Chu Ket Choi (GBBM)
: Sdr. Chiew Hen Hock (YMM)
: Cik Dyah Shintawati Bte. Herry Sujanto (Pengakap)
: Sdr. Makrin Bin Sudi (Pengakap)
: Sdr. Mohd. Suhaimi Mohd. Hussain (Pengakap)
HALA TUJU : KEARAH MAJLIS YANG BERWIBAWA
1. Fokus paling utama adalah untuk sesi ini ialah memastikan melatih pimpinan baru agar bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab kepimpinan serta memberi manafaat kepada badan gabungan, persatuan Akar Umbi dan warga belia. Kepimpinan merupakan satu amanah dan tanggungjawab (Taklif) dan bukannya untuk bermegah-megah (Tashrif).
2. Memahami kehendak Perlembagaan Majlis dan serta merencanakan agenda bertindak selaras dengan perlembagaan tersebut. Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap di selarikan dengan fungsi kementerian-kementerian sediaada dan usaha akan cuba dibuat untuk membantu belia menerusi kementerian terbabit berdasarkan prioriti dan isu-isu kritikal.
3. Memastikan penubuhan 6 Majlis Belia Bahagian. Ini adalah usaha bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah untuk memperkasa persatuan belia di Sabah terutamanya persatuan Akar Umbi dan menyatukan mereka dibawah bumbung Majlis Belia Sabah dan seterusnya Majlis Belia Malaysia. Penubuhan Majlis Belia Bahagian akan memastikan isu-isu lokal dapat digarap melalui Majlis Perundingan Belia Bahagian/Daerah.