KOTA KEMUNING 29 Dis – Sesi tandatangan dokumen perjanjian bagi pelaksanaan Projek Usahawan Muda Ikan Sangkar antara MyFundaction dan Nurainan Gold Fish Resorces telah diadakan di Ibu Pejabat MyFundaction Bukit Rimau, Selangor.
Seramai 10 orang belia di bawah MyFundaction akan menjalani latihan selama setahun dibawah kelolaan Encik Janal Kasim, Ketua Operasi Penternakan Ikan Sangkar di Kuala Krau, Pahang yang merangkumi proses pembinaan sangkar ikan, penjagaan dan sebagainya. Di samping itu juga projek pendanaan kepada MyFundaction.
Hadir dalam sesi ini, Tuan Dr Ghafur Rahim Mustakim, Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction (penandatangan), Puan Aisyah Shahid, Ketua Pegawai Operasi MyFundAction (saksi) dan Encik Hariz Danial Safruddin, Pengurus Projek.
Turut hadir Encik Janal Kasim, Ketua Operasi Nurainan Gold Fish Resorces dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun sebagai saksi mewakili Nurainan Gold Fish Resorces.
Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bekerjasama dengan Nurainan Gold Fish Resources dalam projek penternakan ikan sangkar di Kuala Krau, Pahang pada tahun 2023.