MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mohd Izzat Afifi kekal jawatan Presiden MBM penggal kedua

SHAH ALAM – Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal kedua untuk tempoh 2024 hingga 2026.

MBM dalam satu kenyataan, Mohd Izzat yang juga bekas Presiden Majlis Belia Negeri Pahang berjaya mengatasi pencabarnya, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat oleh perwakilan pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBM kali ke-73 yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Seramai 396 orang perwakilan terdiri daripada ahli jawatankuasa kerja, dewan tertinggi dan badan-badan gabungan MBM dari seluruh negara mengambil bahagian dalam MPAT kali ini.

“MPAT merupakan perhimpunan keluarga besar MBM dan hirarki tertinggi bagi membincangkan dasar, hala tuju dan pembangunan generasi belia negara,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu, MPAT ke-73 itu turut menyaksikan pemilihan kepimpinan baharu untuk sesi 2024 hingga 2026 sebagai memenuhi tuntutan Perlembagaan MBM dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Jelas kenyataan itu, mesyuarat perhimpunan kali ini bakal menyaksikan sesi terakhir bagi pemegang jawatan berumur bawah 40 tahun, selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026.

Senarai keputusan pemilihan ahli jawatankuasa kerja MBM turut menyaksikan Muhammad Naim Al Amin Saharudin memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap dan Soon Honn Keong sebagai timbalannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MBM, Khairul Azman Abdul Azeez; Naib-naib Presiden, Hasnul Haniff Harun, Lim Soon Pin dan Dhanesh Basil; Setiausaha Agung, Ahmad Farhan Rosli serta bendaharinya, Ahmad Izham Mohd.

Artikel penuh :

https://www.sinarharian.com.my/article/706634/berita/nasional/mohd-izzat-afifi-kekal-jawatan-presiden-mbm-penggal-kedua?fbclid=IwY2xjawH28vdleHRuA2FlbQIxMQABHeIRt6RNnE6cjdwRXD-S_Y3eyGG8m1w7wxdUJkRBT7tYKc68RExYYdesjw_aem_M-H_fklXTB-s3XJ0fyVQEg

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »