Kuala Lumpur, 13 Jun – Sahabat jalanan dan miskin bandar diraikan di Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti program antaranya gunting rambut percuma, pemeriksaan kesihatan percuma dan edaran makanan selepas moreh secara percuma.
Diserikan lagi dengan kehadiran sukarelawan-sukarelawan dari pelbagai pertubuhan belia dan individu yang hadir menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program ini kerjasama bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC), MedicVote – NGAM MBNJ, Klinik Thaqif dan Barbershop – Adab Youth Garage (AYG).