MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Bantuan Mangsa Banjir MBM x MyFundAction

KUALA LUMPUR 11 Dis – Telah berlangsung sesi “Flag Off” Mobilisasi Bantuan Banjir melibatkan kerjasama MBM x MyFundAction yang dilancarkan secara simboliknya oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bertempat di Perkarangan Pusat Belia Antarabangsa di sini.

MBM dan MyFundAction akan berkerjasama untuk menyalurkan bantuan pasca banjir kepada negeri-negeri yang terkesan akibat banjir yang melanda berikutan peralihan Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini.

Antara barangan sumbangan yang disediakan ialah pek RTE (ready to eat) daging, kotak Rezeki Ummat dan pek Hygiene Kit.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin menyaksikan penyerahan ‘waterjet’ oleh Presiden MBM kepada wakil Majlis Gabungan Belia Kelantan; Majlis Belia Negeri Terengganu; Majlis Belia Negeri Kedah dan Majlis Belia Negeri Johor bagi melaksanakan Program Pasca Banjir.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »