Melaka | 24 Oktober – Delegasi Malaysia International Youth Exchange 2024 (MIYE) telah menghadiri Majlis Minum Petang Rasmi Menteri-Menteri Kebudayaan & Kesenian ASEAN ke-11 (AMCA) serta Festival Kesenian ASEAN (AFA) 2024, anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di Double Tree Hilton, Melaka.
Hadir dalam majlis tersebut, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan para Menteri AMCA.
Delegasi seramai 22 orang yang hadir ke majlis ini diketuai oleh Sdr. Exco MBM; Sdr. Syawaludin selaku Exco Majlis Belia Malaysia.
Melalui tema “Merentasi Budaya, Membina Masa Depan: Kesatuan Dalam Kepelbagaian”, sesi Hi-Tea ini memberikan ruang dan peluang delegasi belia MiYE untuk berinteraksi terus bersama para Menteri AMCA negara masing-masing dan menguatkan pengaruh belia di peringkat pembuatan dasar khusus dalam segmen kebudayaan dan pelancongan.
Majlis ini turut memberi peluang kepada dua orang belia dari rantau ASEAN untuk berkongsi pengalaman mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Patri Migel daripada Filipina, dan Natasha Zevanya daripada Indonesia, yang telah berkongsi secara terus pengalaman mereka menyertai program Malaysia International Youth Exchange ini.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya khususnya Dr. Qistina serta Puan Wahida atas ruang dan peluang yang diberikan.