Kuala Terengganu, 10 Oktober 2015 – Skuad MiB 300 meneruskan misi pencarian dan menggilap bakat kepimpinan belia di seluruh negara dengan mengadakan siri latihan di Kuala Terengganu pada 8-10 Oktober 2015 yang lalu.
Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) berjaya mengumpulkan 40 orang belia dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama menjayakan objektif utama Skuad MiB 300 di mana dapat melahirkan sekurang-kurangnya 300 pemimpin belia menjelang 2018.
Barisan fasilitator yang terlatih menerapkan modul-modul yang mampu menyerlahkan potensi seseorang dengan penumpuan diberikan kepada kerjasama berpasukan, penyelesaian konflik, pengucapan awam dan banyak lagi.
Skuad MiB 300 adalah inisiatif MBM sebagai langkah proaktif dalam proses melaksanakan salah satu nilai teras dalam MBM in Business ke arah mencapai hasrat menjadikan MBM terus relevan di kalangan belia masakini.
Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim hadir bersama-sama menjayakan program di Kuala Terengganu ini. Turut hadir adalah Setiausaha Agung MBNT, Sdr. Ahmad Izani Ab Ghani dan juga ketua fasilitator, Sdr. Ahmad Zakir Haji Abdul Rahman.