KUALA LUMPUR 28 Mei – Jawatankuasa Antarabangsa & SDG Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat secara Zoom bersama Pengurus Besar dan Pengarah Bahagian Kewangan OIC Youth Forum (ICYF) iaitu Mr. Yunus Sonmez dan Mr. Sinan Karşıyaka.
Perbincangan memperkukuhkan hubungan MBM sebagai ‘focal point’ ICYF di Malaysia di samping mengatur pelan bagi membantu belia OIC pasca Covid-19 khususnya berkaitan ekonomi dan pekerjaan.
ICYF aktif menganjurkan siri wacana secara dalam talian dan berminat menjemput Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baru Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai tetamu istimewa wacana dalam talian mereka.