KUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat susulan Inisiatif Belia Berniaga telah diadakan secara dalam talian (Zoom) yang dipengerusikan oleh Datuk Syed Osman Mohamed, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi MFREN MBM bagi mengemaskini proses terkini dalam penawaran pinjaman tanpa faedah kepada pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini.
Lebih dari 3,000 permohonan telah diterima yang dikelolakan di bawah Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN). Encik Izwadi dan Encik Mohd Zikry Mohd Shairy dari Pusat Kewangan Sosial Bank Islam turut serta membincangkan kerjasama susulan daripada inisiatif ini.
Turut sama dalam mesyuarat ini, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.