MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-121

Kuala Lumpur | 22 November – Telah berlangsung Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-121 yang dihadiri oleh pimpinan belia dari 41 buah badan gabungan MBM bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan ini membincangkan mengenai agenda pembangunan belia selain Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan beberapa program pengantarabangsaan belia serta beberapa program lain.

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Dr. Zainah Binti Sharif.

Hadir sama Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid Presiden MBM dan Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial JBSN.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:05 pagi dengan beberapa ketetapan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »