KUALA LUMPUR 25 Feb – Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-72 Majlis Belia Malaysia (MBM) telah selamat berlangsung dengan jayanya di Vivatel Kuala Lumpur di sini.
Persidangan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.20 petang ini dikendalikan dengan lancar oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan.
Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut menyampaikan ucapan dasarnya bertajuk “MBM 2048: kelangsungan generasi dan ketersediaan belia masa hadapan” yang menyentuh pelbagai perkara termasuk pelan strategik MBM 2048.
MPAT merupakan perhimpunan keluarga besar bagi badan induk belia ini bagi membincangkan hala tuju dan dasar pembangunan belia.
Seramai 321 orang perwakilan daripada 41 buah badan gabungan MBM layak menyertai MPAT kali ini.
Satu usul yang dibawa oleh Majlis Belia Sabah berkaitan sokongan terhadap Palestin telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan.
Hadir sama Encik uzaini Mohanad sani, Pengarah Cawangan Pembangunan, JBSNegara.
Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir, semoga selamat pulang ke destinasi masing-masing dengan selamat.
‘Menggerak Belia!’





















































































