MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Usul MPBN Sidang II Penggal Ke-34

PUTRAJAYA 17 Julai – Mesyuarat Penyelarasan Usul Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 telah diadakan bertempat di Menara KBS.

Mesyuarat dipengerusikan YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara.

MBM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Dr. Syafiqah Abdul Rahim mewakili Jawatankuasa MPBN dan Parlimen Belia MBM.

Mesyuarat bertujuan menyelaras dan membincangkan penambahbaikan cadangan usul bagi membantu melancarkan lagi proses gerak kerja pelaksanaan persidangan MPBN akan datang.

MBM mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Belia JBSN atas maklumbalas, idea, cadangan penambahbaikan dan kerjasama dalam menyelaras usul khas MPBN bagi sidang II ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »