PUTRAJAYA 16 Ogos – Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Strategik Inisiatif Pembangunan Sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Menara KBS.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Jana Sathiran, Ketua Setiausaha KBS.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama kementerian dan agensi kerajaan bagi menggerakkan Sukarelawan Anak Malaysia (Skuad SATRIA).
Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam empat bidang iaitu Modal Insan, Sosial, Ekonomi dan Pasca Bencana.