KUALA LUMPUR 9 Julai – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Rintis Pertanian BUDS Peringkat Negeri Kelantan di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) Jawatankuasa BUDS Majlis Belia Kelantan bersama barisan kejurulatihan BUDS.
Perbincangan ini memberi fokus kepada perincian jadual latihan serta persiapan akhir pelaksanaan BUDS Kelantan yang dijadual akan dilaksanakan selepas hari raya qurban.
MBM diwakili Naib Presiden, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi dan Exco MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh.