MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Model Baharu Pembangunan Belia bersama Ketua Pengarah JBSN

PUTRAJAYA 16 Mac – Jawatankuasa Kerja Model Baharu Pembangunan Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Dato’ Dr. Hjh Wasitah Mohd Yusof bagi membentangkan dapatan dan cadangan MBM bagi Model Baharu Pembangunan Belia.

Penyediaan Model Baharu ini sebagai menyahut seruan YB Menteri Belia dan Sukan bagi menyediakan belia Malaysia yang bersiapsiaga menghadapi ketidaktentuan akibat kepesatan teknologi di samping pasca pandemik Covid-19 yang masih memberi kesan kepada belia.

MBM diwakili Naib Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja serta Sdr. Syafiq Ridzwan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja. Turut hadir ialah Sdri. Anis Syukri, Ahli Jawatankuasa Kerja.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »