PUTRAJAYA 29 Oktober – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM telah menghadiri mesyuarat penyelarasan aktiviti mahasiswa dan Rakan Siswa YADIM (RSY) yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nik Omar Nik Aziz.
Mesyuarat turut dihadiri oleh pelbagai kumpulan mahasiswa yang turut menyumbang idea-idea bagi merancakkan idealisme pergerakan mahasiswa di kampus-kampus.
MBM menganggap RSY sebagai rakan strategik dalam usaha MBM mendekati mahasiswa sambil membentuk fikrah dan menjayakan agenda Rahmatalil’alamin.