KUALA LUMPUR 5 Mei – Mesyuarat penyelaras telah diadakan bagi membincangkan kerjaya dan perkhidmatan penjagaan kebajikan atau care helper di antara pihak Majlis Belia Malaysia (MBM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Kemaih Sdn Bhd dan Jabatan Pembangunan Kemahiran serta Myflexhealth Australia.
Care helper merupakan penjagaan kebajikan kepada warga emas dan OKU. Ia merupakan kerjaya dan perkhidmatan yang semakin penting hari ini termasuk dalam konteks ekonomi gig.
Hadir mewakili MBM Presidennya Sdr. Jufitri Joha dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi serta pegawai MBM Puan Putri Balkis.