Zoom | 25 Mac – Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mempengerusikan mesyuarat penganjuran Konvensyen Majlis Belia Daerah 2021 (KMBD21) yang turut disertai pimpinan utama MBM dan Majlis Belia Negeri Perak yang diketuai saudara Aswanuddin Harifuddin, Presiden MBN Perak.
KMBD21 yang dijangkakan diadakan di Perak adalah konvensyen pertama seumpamanya bagi memperkasakan Majlis Belia Daerah dengan penghasilan pelan strategik jangka panjang.