PUTRAJAYA 6 Feb – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez hari ini telah menghadiri Mesyuarat Pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan Bersama Kementerian dan Agensi di Menara KBS.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff; Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Mesyuarat bertujuan menyelaras gerak kerja pelaksanaan HBN 2025 melibatkan kementerian dan agensi yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun ini.
HBN merupakan penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara.


