MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Pelaksanaan Program Sekolah Politik 3.0 bersama UNISEL

SHAH ALAM 22 Jun – Sempena program Sekolah Politik Budiman dan Forum Demokrasi Universiti Selangor (UNISEL) siri 1, satu Mesyuarat penyelarasan Program Sekolah Politik 3.0 bersama UNISEL telah diadakan di UNISEL Kampus Shah Alam.

Program UNISEL (BPPJK & COE) diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia OKU Malaysia.

Mesyuarat penyelarasan ini dipengerusikan Prof Madya. Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL.

Turut hadir Tuan Amidi Dato’ Abdul Manan, Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL. MBM diwakili oleh Sdr. Faiz Shuhaimi, EXCO MBM.

Penganjuran program Sekolah Politik 3.0 dengan matlamat memberi perubahan di dalam pembentukan landskap politik negara melibatkan ahli politik dan rakyat yang cakna berkenaan sistem politik negara ini. Paling penting, Sekolah Politik ini adalah usaha untuk menangkapi domain Sosialisasi Politik yang didapati telah jatuh setiap tahun semenjak tahun 2015 di dalam Indeks Belia Malaysia.

Sekolah Politik 3.0 turut mengangkat tema kepada Orang Asal dan Orang Kurang Upaya dalam penglibatan dan akses kepada sistem demokrasi negara bagi edisi kali ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »