MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat maklum balas gerak kerja terkini tayangan perdana Jubli Intan MBM

DALAM TALIAN 17 Julai – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Gerak Kerja Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-3 secara dalam talian.

Mesyuarat dipengerusikan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin ini bagi mendapatkan maklum balas dan status terkini gerak kerja setakat hari ini.

Majlis tayangan perdana ini dijadualkan pada 10 Ogos 2024 di Menara AFFIN melibatkan kehadiran pimpinan dan mantan pemimpin-pemimpin belia dari zaman awal penubuhannya.

Mesyuarat turut disertai pihak Orlaith Inc sebagai rakan strategik yang akan membantu menyelaras perjalanan program ini.

Sambutan ini bertujuan menghargai, memperingati sumbangan dan perjalanan lebih tujuh dekad MBM yang telah mewarnai sebahagian sejarah negara ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »