MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media MBM

KUALA LUMPUR 22 Mac – Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kali pertama di Wisma MBM, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin.

Mesyuarat bertujuan membincangkan perancangan strategik dan gerak kerja jawatankuasa ini di bawah sesi 2024-2026, termasuk inisiatif untuk meningkatkan penyebaran maklumat dan penglibatan belia melalui platform media MBM.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Kishore Kumar Ayyawoo serta ahli-ahli jawatankuasa lain yang baru dilantik.

Mesyuarat juga menetapkan agihan tugasan kepada ahli jawatankuasa berpandukan kepakaran bidang masing-masing antaranya unit penulisan, unit poster dan infografik, unit fotografi dn videografi serta unit podcast.

Dengan komitmen dan perancangan yang rapi, Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media MBM bertekad untuk terus memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat serta memperkukuh jaringan komunikasi antara belia Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »