MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan HBN 2024 bersama Badan Gabungan MBM

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan HBN 2024 bersama Badan-badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa.

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa HBN, Sdr. Mohd Fairos Rusli.

Mesyuarat bertujuan menyelaras penyertaan badan-badan gabungan MBM dalam pengisian aktiviti HBN2024.

Pra pelancaran HBN diadakan pada 15 Mei 2024 manakala Sambutan HBN24 dirancang dilaksanakan pada 24-26 Mei 2024 di Dataran Pahlawan, Melaka yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.

Anak Melaka, jom meriahkan HBN24!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »