KUALA LUMPUR 19 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2022.

PAMM dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan mengalakkan dan menarik perhatian generasi muda menghargai manuskrip Melayu sebagai sumber pensejarahan.

Program ini akan berlangsung pada 9 hingga 11 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. Hadir mewakili MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

Leave a Reply

Translate »