KUALA LUMPUR 20 Mac – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) kali pertama yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen.
Mesyuarat turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha KBS Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid dan pengurusan tertinggi KBS.
Antara yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini ialah isu pekerjaan dan pengangguran belia, keusahawanan, latihan kemahiran, literasi dan kematangan politik dalam kalangan belia.
Mesyuarat berperanan sebagai badan penyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif serta program pembangunan belia.