MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Induk MPBN Bil 2/2024

PUTRAJAYA 29 Ogos – Sempena Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-34 Sesi 2023-2024, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk MPBN Bil 2/2024 telah diadakan bertempat di Menara KBS.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara.

Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa MPBN dan Parlimen Belia MBM.

Turut hadir Dr. Syafiqah Abdul Rahim dan Puan Bibi Zaleha Zurkiple sebagai ahli Sekretariat Bersama MPBN MBM-KBS.

Mesyuarat antara lain bertujuan menyelaras dan membincangkan penambahbaikan bagi kelancaran proses gerak kerja pelaksanaan MPBN kali ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »