KUALA LUMPUR 22 Dis – Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM di Pejabat MBM di sini.
Mesyuarat membincangkan mengenai gerak kerja semasa jawatankuasa dan beberapa perancangan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2023.
Presiden MBM turut menyerahkan surat pelantikan kepada Sdr. Tan Sian Hoo sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Antarabangsa MBM.