DALAM TALIAN 8 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menyertai Mesyuarat bersama International Affairs of the House of Young Legislators of the Russian Federation yang berlangsung secara dalam talian (Zoom).
MBM diwakili Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid manakala pihak Rusia diwakili Mr. Trubitsin Konstantin Andreevich dan Mr. Denisyuk Dmitry Sergeevich.
Perbincangan berkait penyertaan belia Malaysia dalam World Youth Festival di Sochi, Rusia baru-baru ini selain mendapatkan maklum balas Malaysia terhadap program tersebut.
Beberapa program kerjasama dan MoU sedang disepakati dan akan dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat.
Hadir sama Puan Bibi Zaleha, Pegawai Hal Ehwal Antarabangsa Sekretariat MBM.