KLANG 30 Sep – Tahniah kepada kepimpinan Majlis Kelab Bell Belia Tamil (MKBBT) Negeri Selangor atas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan 2022 bertempat di SJK Tamil, Taman Sentosa Klang.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Murugapperumal Pillai, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Klang.
Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Fazril Saleh telah hadir mewakili MBM.
Turut hadir Presiden Kebangsaan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, Sdr. Murugan Maniam dan wakil Majlis Belia Selangor, Sdr. Muvirnthan Mohan.
MKBBT antara gerakan belia India terbesar memainkan peranan penting dalam isu sosio ekonomi, pendidikan dan perpaduan masyarakat khususnya golongan belia.