KUANTAN 28 Mei – Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBN Pahang) merangkap Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan dan Rumah Terbuka MBN Pahang di Kompleks Dagangan Mahkota.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.

YAB Menteri Besar juga mengumumkan peruntukan berjumlah RM435,000 sebagai bantuan pentadbiran tahunan kepada MBN Pahang dan badan gabungannya.

Terima kasih YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri atas keprihatinan kepada pergerakan belia dan pertubuhan belia khususnya di Negeri Pahang.

Leave a Reply

Translate »