KUALA TERENGGANU 31 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Belia Negeri Terengganu kali ke-19 telah berlangsung dengan jayanya di Terengganu Equestrian Resort.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sempena MAT ini juga turut diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Kepimpinan Belia Terengganu.

Hadir mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Encik Mohd Izwandy Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Tahniah kepada kepimpinan MBN Terengganu di bawah teraju Sdr. Anas Hazizul dan semua perwakilan yang hadir.

Leave a Reply

Translate »