REMBAU 24 Okt – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan mesyuarat agung Majlis Belia Daerah Rembau kali ke-38/2021. Majlis Perasmian disempurkanakan oleh Encik Nasarudin Ibrahim, Pegawai Penyelaras DUN Chembong.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan Encik Zul Fadhli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan Sdr. Fairos Rosli dan Presiden GPMS Negeri Sembilan, Sdr. Firdayu Warisan.

Tahniah Sdr. Faries atas pelantikan sebagai Pengerusi MBD Rembau yang baharu. Kepada Mantan Pengerusi MBD Sdr. Rafi Murad dan saf kepimpinan terima kasih atas khidmat bakti.

Leave a Reply

Translate »