SEGAMAT 3 Mac – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili Presiden MBM menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Majlis Belia Negeri Johor kali ke-32 bertempat di Hotel VIP Segamat, Johor.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, YM Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria yang mewakili YB EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor.

Mesyuarat agung tahunan ini juga merupakan sesi terakhir Haji Md Salleheen Mohamad yang akan melepaskan jawatan presiden kepada tampuk kepimpinan baharu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime Basir dan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan.

Syabas dan tahniah buat semua perwakilan serta barisan kepimpinan baharu yang bakal menakhodai MBN Johor.

Leave a Reply

Translate »