KUALA LUMPUR 25 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) bagi menyelaraskan beberapa isu berkaitan ekonomi belia era pandemic Covid-19.
Beberapa cadangan kerjasama telah dibentangkan oleh wakil dari The Carpedia dan Persatuan Ikan Tengas Malaysia.
Turut dibentangkan kertas cadangan oleh PWS tetang Tawaran Belia Berniaga dan kertas dalaman MBM berkaitan latihan pertanian Belia Usaha Dengan Sungguh-Sungguh (BUDS). JAKTEM akan bersidang secara berkala bagi menangani isu-isu ekonomi belia.