MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memperkasa agenda belia dalam fungsi KPKT

PUTRAJAYA 12 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican di pejabat beliau. Delegasi MBM diketuai Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM.

Kunjungan ini membawa beberapa agenda khusus mengenai pembangunan belia yang boleh disinergikan melalui fungsi dan peranan KPKT seperti soal perumahan dan pemilikan perumahan di kalangan belia.

YB Menteri membuka ruang kepada MBM dalam menjayakan agenda Liveable Malaysia dan KPKT sentiasa mahu generasi muda terlibat dalam setiap perjalanan Sentuhan KPKT dan Jejak KPKT.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »