MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memorandum Belia: MBM Sedia Berunding ke Arah 35 Tahun

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) kerana sudi mendengar suara belia serta menunjukkan kesediaan untuk berunding berhubung isu had umur belia.

Memorandum yang diserahkan baru-baru ini membawa dua tuntutan utama pertubuhan belia kepada perhatian kerajaan, iaitu:

1)   Menangguhkan pelaksanaan had umur belia 30 tahun sebagaimana yang termaktub dalam pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 (Akta 668);

2)   Mengkaji semula pindaan Akta 668 agar lebih selaras dengan realiti semasa dan keperluan pembangunan belia negara.

MBM bersama pertubuhan belia di seluruh negara menegaskan komitmen untuk terus terbuka dalam berbincang dan berunding dengan pihak kerajaan, bagi mencari kesepakatan terbaik dalam menjayakan aspirasi pembangunan belia tanpa mengganggu struktur kepimpinan pertubuhan belia yang ada.

MBM juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Parlimen yang menerima memorandum ini serta setinggi-tinggi terima kasih kepada pimpinan utama badan gabungan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah yang hadir memberikan sokongan padu.

Komitmen ini membuktikan bahawa suara belia adalah suara bersama yang menuntut perhatian serius demi memastikan dasar belia negara benar-benar inklusif, progresif dan berpaksikan kepentingan generasi muda.

MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 19 Ogos 2025

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »