KOTA BHARU 9 Mac – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah meluangkan masa meninjau Pusat Transformasi OKU USM-MAIK di Kubang Kerian semalam.
Terdapat pelbagai perkhidmatan sokongan dan latihan yang ditawarkan di Pusat Transformasi OKU USM-MAIK seperti bengkel kemahiran dan program pembangunan OKU.
Hadir sama Jawatankuasa Penaja MBOKU Negeri Kelantan, Sdri. Nafisah dan Sdri. Anis Adilah.
Kelak suatu sesi perbincangan rasmi dan kerjasama akan diadakan untuk merintis kerjasama bersama khususnya dalam membangunkan segmen Belia OKU Kelantan.