2 Jan 2014 – Sdr Aizad Roslan, Presiden MBN Kedah bersama-sama 11 orang sukarelawan menaiki 3 kenderaan 4wd telah sampai di Kg Pasir, Manik Urai, Kelantan untuk memberi sumbangan barangan kepada 40 orang keluarga yang terjejas akibat banjir. Kumpulan misi ini telah mengenalpasti keperluan penduduk-penduduk terjejas dan bersetuju untuk menjadikan kg tersebut sebagai kg angkat. Kumpulan misi MBN Kedah akan kembali membantu dalam masa terdekat dengan kelengkapan dan tenaga sukarelawan.