KUALA LUMPUR 28 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan Yayasan Ikhlas di Ibu Pejabat MBM. Kunjung hormat ini dihadiri oleh lima orang wakil dari pihak Yayasan Ikhlas dan diketuai oleh Pengurus Besar, Ir Hj Kamaruddin Kassim.
Pihak MBM yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Yayasan Ikhlas dan menggariskan beberapa perkara penting di dalam sesi perbincangan.
Kunjung hormat ini dilihat mampu membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara MBM dan Yayasan Ikhlas terutama dalam aspek pembangunan modal insan seperti kesukarelaan dan kemanusiaan. Sememangnya telah menjadi kekuatan dan ‘core business’ MBM, bidang kesukarelaan mampu disemarakkan dengan ruang kerjasama seumpama ini.
Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha sempat bertemu rombongan dari Yayasan Ikhlas dan memberi maklum balas yang positif dalam kerjasama yang dirancang bersama ini.