BESUT 12 Mac – Usai program di Kuantan, jelajah ‘Jejak Ramadan’ Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan perjalanan ke Besut, Terengganu dengan sesi Moreh bersama kepimpinan belia tempatan di Restoran SeadapSeani milik mantan kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).
Program ini disertai Presiden MBNT, Sdr. Mukhri Mamat, Setiausaha Agung serta beberapa kepimpinan MBNT dan MBD yang hadir menyantuni dan mengeratkan ukhuwah bersama delegasi MBM.
Kehadiran Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya memberi ruang kepada kepimpinan MBM turun padang bertanya khabar dan menyantuni belia akar umbi serta mendengar masalah di bawah.
Sebelum bersurai, Presiden MBM menyampaikan penghargaan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih atas sambutan mesra yang diberikan.
Lokasi seterusnya team Jejak Ramadan ke bumi Serambi Mekah. Nantikan!





























