HO CHI MINH, 27 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan hormat ke ibu pejabat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh (YUHCMC) di tengah-tengah Bandar Ho Chi Minh.
Lawatan ini merupakan tanda penghargaan dan timbal balas berikutan kunjungan YUHCMC ke ibu pejabat MBM sebelum ini.
Delegasi MBM yang diketuai oleh Presidennya bersama kepimpinan kanan telah disambut mesra oleh Encik Ngo Minh Hai, Setiausaha YUHCMC merangkap Presiden Persekutuan Belia Vietnam di Bandar Ho Chi Minh.
Mesyuarat ini berlangsung dalam suasana keakraban, dengan perbincangan yang tertumpu kepada pertukaran pandangan dan pengalaman dalam pembangunan belia, pelaksanaan program belia, serta meneroka peluang kerjasama masa depan antara belia Malaysia dan Vietnam.
“Sebagai salah satu ekonomi yang berkembang pesat di ASEAN, Vietnam menawarkan pelbagai peluang perniagaan. Kami berharap dapat menganjurkan sesi pembentangan perniagaan antara belia Malaysia dan Vietnam bagi menggalakkan keusahawanan”.
“Selain itu, kami mencadangkan penubuhan perkongsian bandar kembar sebagai platform untuk memperkukuh pertukaran budaya, kerjasama ekonomi dan penglibatan belia antara kedua-dua negara.Inisiatif sebegini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan dua hala tetapi juga mewujudkan peluang mampan bagi usahawan muda dan pembangunan komuniti,” kata Presiden MBM.
Delegasi MBM turut dibawa melawat Rumah Budaya Belia Ho Chi Minh dan Hab Usahawan Belia.
Selain memperkukuh hubungan diplomasi belia antara Malaysia dan Vietnam, lawatan ini melambangkan solidariti serta harapan untuk masa depan yang lebih cerah bagi komuniti belia serantau.
……………………………………………………..
MBM explores cooperation opportunities and entrepreneurial potential with Vietnamese youth
HO CHI MINH, 27 Feb– The Malaysian Youth Council (MBM) paid a courtesy visit to the headquarters of the Ho Chi Minh Communist Youth Union (YUHCMC) in the heart of Ho Chi Minh City.
This visit served as a gesture of appreciation and reciprocity following YUHCMC’s prior visit to MBM’s headquarters.
The MBM delegation, led by its President and senior leadership, received a warm welcome from Mr Ngo Minh Hai, Secretary of YUHCMC and President of the Vietnam Youth Federation in Ho Chi Minh City.
The meeting was filled with a strong sense of camaraderie, focusing on exchanging insights and experiences in youth development, implementing youth programmes, and exploring future collaboration opportunities between Malaysian and Vietnamese youth.
“As one of the fastest-growing economies in ASEAN, Vietnam offers vast business opportunities. We hope to facilitate business pitching sessions between Malaysian and Vietnamese youth to encourage entrepreneurship. Additionally, we propose the establishment of sister city partnerships as a platform to enhance cultural exchange, economic cooperation, and youth engagement between the two nations. Such initiatives would not only strengthen bilateral relations but also create sustainable opportunities for young entrepreneurs and community development”, said the MBM President.
The MBM delegation was also given a tour of the Ho Chi Minh Youth Cultural House and Youth Entrepreneur Hub.
Beyond strengthening youth diplomatic ties between Malaysia and Vietnam, this visit symbolised solidarity and hope for a brighter future for the regional youth community.





































